بسم الله الرحمن الرحيم اللهم صلى على محمد وعلى آله ؤصحبه ؤسلّم Thank you blogspot for providing this space to write, I would like to dedicate this blog for my parents, family, friends & peoples surrounding. This blog as a platform to communicate and share ideas. One day when i would leave this temporary life, it will be as a legacy and reference for my children. - nicfaaz.

Kembara

Sunday, May 8, 2011

Prinsip...

      بسم الله الرحمن الرحيم

            اللهم صلى على محمد وعلى آله ؤصحبه ؤسلّم 

Rasanya agak lama membiarkan blog ini bersawang, jika rumah dibiarkan lama kosong tanpa pengisian akan hilang serinya. Malam ini sekali lagi jari-jemari menari-nari di atas keyboard hitam lappy ini walaupun rasa malas begitu kemas mencengkam keinginan.

Sedikit kisah yang dilalui sehari dua ni mungkin boleh dijadikan bahan sebagai memenuhi entry ni. Minggu lepas warung Na dimasuki pencuri, tapi tak banyak barang yang diambil. Masa Na pergi ke warungnya pada pagi Sabtu lepas  pintu besi belakang terkopek. Tak banyak barang yang dicuri. Lepas polis datang ambil statement, Na call Kamarul ( hammersmith ) supaya datang baiki pintu. Kamarul ni jiran kami. Salah satu ujian dan cabaran dalam mencari rezki.
Students kolej sebelah dok lepak di warung  Na.
Pelanggan. Snap masa baca paper.



Sambung.. ( hampir satu jam terhenti borak dengan Talib, dia call dari Johor ) Talib baru call beberapa minit lepas. Dia nak hantar tiket flight supaya saya ke KL untuk jumpa dia. Sori Lib I'm quite busy loni. Walaupun aku bukey businessman supo mu, tapi there are lot of commitment to be settled here.

Sudah beberapa kali dalam minggu ni cuba collect sewa rumah, tapi tak semua dapat. Sebenarnya ambil sewa rumah satu proses yang cukup cerewet, sepuluh buah rumah sewa bermakna sepuluh karenah yang terpaksa dilayan. Kalau diikutkan hati memang malas untuk lakukan tugas ni, kerana ia melibatkan prinsip. Bila penyewa merayu supaya minta tangguh dari sebulan ke sebulan, saya ok saja. Ada yang tertunggak sehingga 3-4 bulan. Ba akan tanya fasal ni dan minta saya bertegas. Di sini terjadi pertembungan antara arahan Ba yang perlu dipatuhi dan prinsip hidup yang tak suka memberi tekanan kepada orang lain termasuk penyewa. Sukar...

Berbicara fasal prinsip, prinsip juga membuat saya rasa bersalah kerana menipu ramai orang. Keluarga banyak memberi cadangan supaya memohon kerja di Pantai Barat. Kerana bidang logistics yang dilalui sekarang mempunyai prospek dan potensi yang luas di sana. Kerana di sana merupakan business centre, banyak port dan memerlukan tenaga kerja yang berpengalaman. Salah satu prinsip saya ialah tak nak hidup di Metropolitan, lebih tenang rasanya jika tidak terkejar-kejar di pagi hari. Dengan kata lain lebih selesa di tempat sekarang. Rasanya Ba suruh memohon kerja di sana supaya kami dekat dengan keluarga. Na pun minta begitu untuk mengubah kehidupan, penghijrahan perlu dilakukan agar kami tidak berada dalam comfort zone atau statik. Jadi untuk tidak mengecewakan semua orang saya katakan pada mereka saya sudah pun menghantar resume ke banyak organisasi di sana, walhal satu pun permohonan tidak hantar, hanya menghantar permohonan di sebelah Pantai Timur saja. Bila mereka tanya kenapa satu pun syarikat di sana tidak panggil interview, saya katakan mungkin diorang tak nak ambil orang tua macam saya.
Mi & Ba di sandingkan semula  selepas April 1967. Actually ni masa Teh kawin lepas semua tetamu balik sesi bergambar untuk keluarga pulak. Luv U Mi & Ba.
Akhir-akhir ni Na semakin kuat mendesak, walaupun dengan bicara yang lembut, tapi getar suaranya penuh dengan pengharapan agar kami berhijrah. Bila direnung kembali, tujuan asal menetap di kampung ni kerana ingin bersama arwah Che'. Tapi dia telah pun berpindah ke alam Barzakh. Matlamat asal telah pun dilepasi. Dalam masa sama kerinduan pada Mi dan Ba semakin kuat, rasanya biarlah sisa-sisa hidup yang ada diantara kami berdekatan. Na kata dia boleh lepaskan warungnya di sini, mungkin dia boleh buka meja atau gerai nasi lemak di depan rumah kalau kami berpindah ke sana. Faktor-faktor di atas sedikit sebanyak menggoyah pancang prinsip saya. Rasanya sudah sampai masa untuk mengorbankan beberapa prinsip yang bukan menjadi satu kesalahan kalau membuangnya. Tapi buat masa sekarang biarlah macam ni saja.. 


Warung Na.






Saturday, February 12, 2011

Rosak

Pagi tadi gi melawat anak kat MRSM, baru lima hari dia di asrama. Risau gak kalau dia homesick sebab tak biasa dok jauh dari keluarga. Tapi anak-anak lo ni tak macam dulu. Program padat yg disediakan pihak sekolah dan kawan-kawan baru buat dia tak terfikir fasal rumah.

Masa makan kat pondok rehat td, kekawan dia pun join skali, snap la 2-3 gambar utk masuk entry ni. Lepas Isya' td connect tepon kat laptop sbb nk upload gambar utk entry ni, tiba2 je kluar msg 'memory card corrupt, need to format'. Try take-out memory card dr tepon, masukkan direct ke card slot di laptop, msg sama gak kluar. 


Nak tak nak, terpaksa la format micro card tu. Hangus... semua photo dan fail-fail yg ada padam habis, termasuk la gambar 1st day ( pendaftaran ) kat MRSM . AlQuran 30 juzu' kat dalam tu padam. Semua yang ada dalam card tu takde back-up. Moral dari peristiwa ni, wat la back-up fail dari masa ke semasa.
Telefon ni la yang rosak memory card, camcoder tu anak-anak wat shoot 'Ayuni

Thursday, February 3, 2011

Sekuntum Anggerik



Sekuntum anggerik di pinggiran
Semasa melihat di sekelilingnya
Tiada lagi kabus kesucian
Yang ada hanyalah jerebu
Karbon monoksida menyelubungi kelam

Satu hari belantara riuh
Dengan pekikan fauna
Membayangkan hujan asid
Mungkin akan bercurahan

Semasa anggerik mendongak
Payung ozon telah pun bocor
Bimbang ia jika panahan
Ultra violet membarahi kelopaknya
Flora pun gerun untuk mekar

Semasa anggerik berpaling kehilir
Ia melihat jernih air di kali
Menjadi keruh berkelodak
Bilamana sungai menjadi ejen
Pada penyebaran sisa toksik
Hasil dari industri
Kemajuan teknologi

Merenung pada nasib
Rimba yang mereka huni
Anggerik pun merunduk. 


Thursday, November 11, 2010

UPSR 2010






4 Zulhijjah 1431
Hari ni ambil cuti sebab temankan 'Alia ambil result UPSR. Tak mengharap sangat kerana dia seorang kaki TV. Kekadang rasa dah tak larat nak suruh dia kurangkan aktiviti per'TV'an nya. Nak kata rajin membaca, rasanya dia tak tergolong dalam kategori orang-orang yang rajin membaca, melainkan membaca novel. Tapi dia memang dah score  dapat 5A.

Tidak pernah ambil mana-mana tuisyen luar, hanya aktiviti yang disediakan oleh pihak sekolah. Jadi tak lah mengharapkan sangat keputusan yang cemerlang. Pergi kesekolah hari ni pun sekadar untuk memberi sokongan kepadanya supaya bersabar dan berusaha lagi jika keputusan kurang cemerlang. Tapi manusia hanya mampu meramal tapi ALLAH menentukan segalanya. Tahniah 'Alia kerana berjaya mendapat 5A.

Rasanya ayah tak banyak menyumbang untuk kejayaan ini. Jadi tak bolehlah ayah nak berbangga sangat,  your own struggle. Jauh sekali untuk menjadi cikgu di rumah. Selalu balik kerja lewat dan bekerja pada hari cuti menjadikan masa untuk keluarga terlalu sedikit. Cuma menegur supaya kurangkan menonton TV, siang-malam asyik depan TV je  sedangkan nak exam, ayah mana yang tak marah.

Setelah selesai kesemua pelajar yang mendapat 5A dipanggil, ada yang menangis kerana tak tersenarai mendapat 5A. Part ni memang hati tersentuh bila melihat airmata anak-anak yang sedih, lebih-lebih lagi ibubapa yang tidak dapat datang untuk memujuk semasa mereka memerlukan sokongan menghadapi saat begini. Untuk anak-anak yang tak memperolehi 5A, bukanlah berakhir segalanya. Biarlah hari ini berlalu sebagai hari ini, esok kita mulakan langkah baru untuk mengejar dan menebus kembali apa yang ditinggalkan hari ini. Banyak lagi peluang yang menunggu di depan. Mungkin satu hari nanti anak-anak ini akan membentuk sejarah kecemerlangan tersendiri. 

Untuk yang mendapat 5A, especially 'Alia.. Tahniah.! Janganlah keputusan peperiksaan hari ini membuat kita lupa di mana kita bermula. Perjalanan masih panjang, dan masih banyak yang perlu ditempuhi. Bagi ayah kejayaan akademik bukanlah segalanya, tapi roh dan kualiti ilmu yang kita dapat untuk membentuk keperibadian lebih bernilai dari sekeping kertas yang tertera 5A. Dan kejayaan sebenar ialah bila seseorang itu berjaya memijak lantai syurga di sana kelak.


" Sesiapa hendakkan dunia, maka hendaklah ia memiliki ilmu, dan sesiapa yang hendakkan akhirat, maka hendaklah ia memiliki ilmu, dan sesiapa hendakkan kedua-duanya hendaklah ia berilmu. "         - Hadith.


Seronok la tu..



Thursday, September 23, 2010

Khalifah di bumi Illahi

                                            بسم الله الرحمن الرحيم


                              اللهم صلى على محمد وعلى آله ؤصحبه ؤسلّم


"Sesungguhnya kami telah tawarkan amanah ( khalifah ) kepada langit dan bumi, dan gunung-ganang, mereka menolak untuk memikulnya dan khuatir dengannya, dan ( amanah ) ini dipikul oleh manusia, sesungguhnya ( manusia ) adalah bersifat zalim dan jahil" Al Ahzab (72).

Kita sering terlupa pada tugas untuk mentadbirkan dan memakmurkan bumi ini mengikut sistem dan panduan yang diberi. Hamparan bumi menjadi padang permainan, kekadang terlalu seronok bermain sehingga lupa peraturan dan melanggar kontrak kehidupan. 

Kontrak yang cukup simple, buat apa yang disuruh tinggal apa yang dilarang. Logiknya ia cukup mudah, tapi disebabkan dunia lebih bernilai, keseronokan lebih bermakna, perjalanan sementara ini menjadi matlamat, akhirnya bertuhankan nafsu dan merunduk pada sifat amarah. Di mana akal manusia tidak lagi berfungsi untuk membendung keinginan.


"Apakah kamu tidak melihat orang yang menjadikan nafsu sebagai tuhannya, dan ALLAH membiarkan mereka sesat dalam pengetahuanNya, ditutup pendengaran dan hatinya, dan diserkup pandangannya, dan siapa yang dapat memberi petunjuk kepada mereka sesudah ALLAH, apakah kamu tidak mengambil peringatan" Al Jathiyah (23)


Semoga kita dibimbing ALLAH dalam merentasi hamparan duniawi yang fana, diberi kekuatan merempuh badai kehidupan di alam syahadah ini, diteduhi bayang keredhaan sementara menunggu giliran masuk kenegara barzakh, dan mendapat layanan VIP di setiap pos mahsyar. InsyaALLAH.