Tahniah untuk Ba kerana berjaya menamatkan pengajian ijazah dalam bidang perundangan. Dalam usia lanjut masih lagi bertungkus-lumus untuk belajar. Actually dia dah pun ada ijazah Sains Politik masa zaman muda dulu. Sekarang pun sedang belajar pendawaian organised by MARA. Prinsipnya simple saja, mati dalam mencari ilmu dikira mati syahid. Malu rasanya sebagai anak dah malas nak keluar masuk kuliah lagi, sedangkan Ba tak pernah rasa letih belajar. Bukan saja mental, fizikalnya pun masih maintain lagi, tubuh masih tegap, masa balik KB Raya Haji baru ni tiap lepas Subuh dia jogging sampai ke Tunjung lebih kurang 7km dari rumah. Kira OK la tu dengan usianya 68 tahun. Aktiviti masuk hutan dah kurang, mungkin kerana sibuk belajar. Lama dah tak merasa pelanduk atau rusa yang dia buru. Nampaknya shotgun tu dok bertapa dalam almari je la.
Sebut fasal raya Haji, semalam terima SMS dari AyahDi. Selalunya setiap minggu saya terima SMS dari AyahDi, tapi sekarang jarang-jarang sangat. Mungkin kerana kesibukan atau mungkin juga kerana saya jarang reply SMS, jadi dia pun hilang selera nak berSMS.Tapi bila baca SMS yang dihantar semalam tersentuh pula hati.
"Salam, Dear Brothers and Sisters. Alhamdulillah, I have arrived at KL yesterday from New York via London. But the most significant event that I cherish most, is the family gathering during Aidil Adha. Every family play their respective roles, and we organise on our own and for our own purposes. Should I leave earlier, this memory will tag with me. Please encourage our children to do so. Salam".( original text ).
Sengaja saya tak translate text asal supaya semua keluarga dapat menggenggam maksud sebenar. Begitu tinggi harapannya agar generasi seterusnya bersatu. Institusi keluarga yang semakin rapuh, nilai-nilai kekeluargaan yang semakin dilupakan hari ini adalah penyakit kronik sukar diubati. Sama-sama kita doakan. InsyaALLAH.


