Dalam kesukaran pun.. banyak kegembiraan yang kita tak jangka selalu terjadi dalam hidup ini. Tahun ni giliran Asma. Bayangkan hati mana tak marah bila tengok anak balik dari exam UPSR main game, sedangkan esok masih ada lagi paper lain nak exam. Saja malas nak tegur kerana rasanya dia sengaja buat begitu untuk protes sesuatu. Dalam hati berdoa saja agar ALLAH permudahkan urusannya. Apa saja keputusan nanti terimalah seadanya. Langsung tak harapkan keputusan yang cemerlang. Macam kakaknya juga tak pernah ambil mana-mana tuisyen, cuma mengikuti program pihak sekolah saja. Pernah sekali dia minta nak tuisyen, tapi saya kata Kak Ya dulu pun tak tuisyen dapat 5A gak. Satu jawapan yang negatif, tak sepatutnya seorang ayah menyekat sesuatu yang bermanfaat seperti itu. Selepas tu tunggu kalau-kalau dia bersuara lagi, saya akan masukkan dia di mana-mana kelas tuisyen, tapi ternokhtah begitu saja. Terus-terang, memang menyesal menghalang dia tuisyen hari tu. AlHamdliLLAH... dapat juga 5A. Walaupun airmukanya tak nampak ceria seperti orang lain dengan keputusan tu, tapi firasat berbisik dalam hatinya penuh dengan kesyukuran.
Seperti tahun lepas juga, tersentuh lagi melihat anak-anak yang menangis kerana tak mencapai keputusan yang diharapkan. Kalau boleh rasanya ingin bertukar tempat dengan mereka. Biar saya yang menanggung kesedihan dan mereka melihat saya menangis. Tapi ALLAH mengatur kehidupan setiap makhluk dengan Qada' masing-masing. Inilah hikmahnya salah satu rukun Iman percaya pada Qadha' & Qadar supaya kita dapat menerima ketetapan ALLAH. Tapi ramai orang yang silap memahami makna Qadha' & Qadar, apa yang terjadi mereka akan meletak pada taqdir tanpa berusaha. Rasanya tak perlu diterangkan apa Qadha' Mubram & Muallaq di sini. Fahamkan Firman ALLAH : ''Sesungguh ALLAH tidak mengubah nasib satu kaum sehingga mereka sendiri yang mengubahnya", dan RasuluLLAH bersabda "Tiada yang dapat menahan Qadha' melainkan dengan doa". Doa satu senjata yang power tapi ramai orang tak utilize senjata ni. Setiap orang akan diuji samada dengan kekecewaan, kesakitan, kelaparan, ketakutan, kesukaran dan macam-macam lagi. Hari ini mereka menangis, InsyaALLAH esok mereka akan ketawa pula. Betullah kata pepatah 'hidup ini umpama roda', ada masa kita di bawah.. ada masa kita di atas.
Untuk anak-anak.. di sini ayah menyusun sepuluh jari andai tersilap dan alpa dalam menunaikan dan memberi apa yang sepatutnya menjadi hak kalian. Tahniah Asma! Semoga kejayaan ini membawa kebaikan di dunia dan akhirat.



No comments:
Post a Comment