"Dan ALLAH menjadikan bumi untukmu sebagai hamparan, Supaya kamu melalui darinya jalan-jalan yang luas" ( Nuh. 19-20 )
![]() |
| Highway Gua Musang-Lojing-Cameron Highland 2 Syawwal 1431 |
Eidil Fitri 1431 adalah Hari raya yang pelik dilalui. Biasanya Raya orang akan balik kampung, tapi tahun ni Parents pakat dengan Pakcik-pakcik beraya luar kampung. Tempat yang dipilih ialah Tanah Rata, Cameron Highlands.
Hari terakhir puasa bertolak dari KB 9am. Konvoi dengan kereta Ayahnor. Perjalanan smooth, take five kat RR Gua Musang. Masa masuk jalan Kuala Krai - Gua Musang, phenomenal deretan kereta dari arah bertentangan bersusun-susun. Beberapa kilometer jam dari arah berlawanan. Demam balik kampung yang melanda hebat.!
Sampai villa lebih kurang 2pm, Ba, Faisal dan Zaini sedang turunkan barang, baru sampai. Then Ayahnor sampai. Malam raya perform solat Tasbih berjemaah, solat raya di Masjid Tanah Rata. Lepas tu Ayahdi & Ayahdin dan keluarganya sampai. Malamnya buat barbeque, hari raya kedua balik KB. Pengalaman baru berhari-raya luar dari kampung.
January 1991, 9:00pm bas mula bertolak. Menara masjid dan bangunan di kota Damsyik seolah mengucapkan selamat tinggal. Sehingga hari ini masih lagi terbayang-bayang kilauan lampu dari menara-menara masjid yang bertaburan semasa bas mulai bergerak.
2:00am tiba di sempadan Turki, walaupun sudah pukul 2 pagi, imigrant masih ramai di sempadan. Urursan imigresen dan kastam berjalan lancar tapi kerana kesibukan di sempadan urusan imigresen dan kastam agak mengambil masa sedikit. Lebih kurang 4:00am bas bertolak kembali selepas melepasi sempadan. Berhenti solat Subuh dan teruskan perjalanan. 10:30 berhenti makan, cuaca semakin sejuk kerana melintasi kawasan berbukit bukau. Masa ni terlihat satu pekan sayup-sayup kat bawah sana, rumah dan bangunan macam susunan kotak-kotak mancis, kereta pun merayap macam semut kecil. Pemandangan macam ni biasanya boleh dilihat dari jendela kapalterbang je. Masa ni terasa diri ini hanya satu juzu' kecil dalam ciptaan Tuhan. Maha suci ALLAH.!. 1:00pm berhenti solat, salji sedang turun seperti bunga kapas yang berguguran. Sampai Ankara waktu petang, tak sempat nak ronda sebab nak catch-up flight ke Istanbul malam tu.
![]() |
| Gambar yang diambil dari jendela bas sepanjang perjalanan. |






