بسم الله الرحمن الرحيم اللهم صلى على محمد وعلى آله ؤصحبه ؤسلّم Thank you blogspot for providing this space to write, I would like to dedicate this blog for my parents, family, friends & peoples surrounding. This blog as a platform to communicate and share ideas. One day when i would leave this temporary life, it will be as a legacy and reference for my children. - nicfaaz.

Kembara

Thursday, November 11, 2010

UPSR 2010






4 Zulhijjah 1431
Hari ni ambil cuti sebab temankan 'Alia ambil result UPSR. Tak mengharap sangat kerana dia seorang kaki TV. Kekadang rasa dah tak larat nak suruh dia kurangkan aktiviti per'TV'an nya. Nak kata rajin membaca, rasanya dia tak tergolong dalam kategori orang-orang yang rajin membaca, melainkan membaca novel. Tapi dia memang dah score  dapat 5A.

Tidak pernah ambil mana-mana tuisyen luar, hanya aktiviti yang disediakan oleh pihak sekolah. Jadi tak lah mengharapkan sangat keputusan yang cemerlang. Pergi kesekolah hari ni pun sekadar untuk memberi sokongan kepadanya supaya bersabar dan berusaha lagi jika keputusan kurang cemerlang. Tapi manusia hanya mampu meramal tapi ALLAH menentukan segalanya. Tahniah 'Alia kerana berjaya mendapat 5A.

Rasanya ayah tak banyak menyumbang untuk kejayaan ini. Jadi tak bolehlah ayah nak berbangga sangat,  your own struggle. Jauh sekali untuk menjadi cikgu di rumah. Selalu balik kerja lewat dan bekerja pada hari cuti menjadikan masa untuk keluarga terlalu sedikit. Cuma menegur supaya kurangkan menonton TV, siang-malam asyik depan TV je  sedangkan nak exam, ayah mana yang tak marah.

Setelah selesai kesemua pelajar yang mendapat 5A dipanggil, ada yang menangis kerana tak tersenarai mendapat 5A. Part ni memang hati tersentuh bila melihat airmata anak-anak yang sedih, lebih-lebih lagi ibubapa yang tidak dapat datang untuk memujuk semasa mereka memerlukan sokongan menghadapi saat begini. Untuk anak-anak yang tak memperolehi 5A, bukanlah berakhir segalanya. Biarlah hari ini berlalu sebagai hari ini, esok kita mulakan langkah baru untuk mengejar dan menebus kembali apa yang ditinggalkan hari ini. Banyak lagi peluang yang menunggu di depan. Mungkin satu hari nanti anak-anak ini akan membentuk sejarah kecemerlangan tersendiri. 

Untuk yang mendapat 5A, especially 'Alia.. Tahniah.! Janganlah keputusan peperiksaan hari ini membuat kita lupa di mana kita bermula. Perjalanan masih panjang, dan masih banyak yang perlu ditempuhi. Bagi ayah kejayaan akademik bukanlah segalanya, tapi roh dan kualiti ilmu yang kita dapat untuk membentuk keperibadian lebih bernilai dari sekeping kertas yang tertera 5A. Dan kejayaan sebenar ialah bila seseorang itu berjaya memijak lantai syurga di sana kelak.


" Sesiapa hendakkan dunia, maka hendaklah ia memiliki ilmu, dan sesiapa yang hendakkan akhirat, maka hendaklah ia memiliki ilmu, dan sesiapa hendakkan kedua-duanya hendaklah ia berilmu. "         - Hadith.


Seronok la tu..



Thursday, September 23, 2010

Khalifah di bumi Illahi

                                            بسم الله الرحمن الرحيم


                              اللهم صلى على محمد وعلى آله ؤصحبه ؤسلّم


"Sesungguhnya kami telah tawarkan amanah ( khalifah ) kepada langit dan bumi, dan gunung-ganang, mereka menolak untuk memikulnya dan khuatir dengannya, dan ( amanah ) ini dipikul oleh manusia, sesungguhnya ( manusia ) adalah bersifat zalim dan jahil" Al Ahzab (72).

Kita sering terlupa pada tugas untuk mentadbirkan dan memakmurkan bumi ini mengikut sistem dan panduan yang diberi. Hamparan bumi menjadi padang permainan, kekadang terlalu seronok bermain sehingga lupa peraturan dan melanggar kontrak kehidupan. 

Kontrak yang cukup simple, buat apa yang disuruh tinggal apa yang dilarang. Logiknya ia cukup mudah, tapi disebabkan dunia lebih bernilai, keseronokan lebih bermakna, perjalanan sementara ini menjadi matlamat, akhirnya bertuhankan nafsu dan merunduk pada sifat amarah. Di mana akal manusia tidak lagi berfungsi untuk membendung keinginan.


"Apakah kamu tidak melihat orang yang menjadikan nafsu sebagai tuhannya, dan ALLAH membiarkan mereka sesat dalam pengetahuanNya, ditutup pendengaran dan hatinya, dan diserkup pandangannya, dan siapa yang dapat memberi petunjuk kepada mereka sesudah ALLAH, apakah kamu tidak mengambil peringatan" Al Jathiyah (23)


Semoga kita dibimbing ALLAH dalam merentasi hamparan duniawi yang fana, diberi kekuatan merempuh badai kehidupan di alam syahadah ini, diteduhi bayang keredhaan sementara menunggu giliran masuk kenegara barzakh, dan mendapat layanan VIP di setiap pos mahsyar. InsyaALLAH.