بسم الله الرحمن الرحيم اللهم صلى على محمد وعلى آله ؤصحبه ؤسلّم Thank you blogspot for providing this space to write, I would like to dedicate this blog for my parents, family, friends & peoples surrounding. This blog as a platform to communicate and share ideas. One day when i would leave this temporary life, it will be as a legacy and reference for my children. - nicfaaz.

Kembara

Saturday, December 21, 2013

      بسم الله الرحمن الرحيم

            اللهم صلى على محمد وعلى آله ؤصحبه ؤسلّم

Hari ni pagi-pagi lagi kepasar, cari material untuk wat gulai. 'Alia dapat straight A pada PMR, jadi dia plan nak distribute makanan untuk jiran-jiran sebagai kesyukuran. Pagi ni sibuk la tiga beradik tu kat dapur. Pukul 10:30am start, approximately. 13:00pm dah siap, speed la tapi quality kena jaga, tak leh wat cincai. Then, curry was packed properly. Macam lipas kudung empat beradik tu 'Alia, Asma, Anis & 'Ain ke hulu ke hilir hantar gulai & roti kat jiran-jiran.

Bukan gulai yang nak highlight, tapi rasa syukur. Saya ingatkan anak-anak, kalau dapat apa yang kita nak, wat la sesuatu sebagai tanda syukur, even in a small volume. Contoh puasa beberapa hari atau sekurang-kurangnya sehari, atau sedekah@derma kepada yang memerlukan. Kalau semua tu malas sangat nak buat at least solat dua rakaat sebagai tanda syukur. Bukan susah pun. Tapi kalau kita boleh bagi sesuatu kepada orang lain atau buat orang lain gembira, happiness can be shared together. Mungkin nampak biasa saja, kalau seorang yang memberi minum seekor anjing dahaga dijanjikan syurga, kita berbuat baik sesama manusia kerana ALLAH, mesti ada nilai di sisiNya.

Proses packing... Made in Malay

Friday, December 20, 2013

      بسم الله الرحمن الرحيم

            اللهم صلى على محمد وعلى آله ؤصحبه ؤسلّم

Lebih dua tahun blog ni tak update, tetiba terasa nak sambung balik. Sebenarnya dalam dua tahun lebih macam-macam hal terjadi, sehinggakan ada masa berada dalam saat kritikal, sukar dan confuse.

Hari pertama dilahirkan
Tapi segetir mana masalah kita hadapi, kena ingat masih ada orang lain hidup dalam keadaan yang lebih challenging dari kita. Apa pun yang kita hadapi perlu diteruskan kerana hidup ini satu perjuangan. Pinjam ayat dari sms Ba bulan lepas 'hidup ini satu perjalanan bertemu ALLAH, selagi belum sampai masa untuk kita keluar dari dunia ni, teruskan apa yang perlu kita buat.

Seminggu - botak.
Na selamat melahirkan anak kami yang keenam dua minggu lepas. Ahh..! Enam dahh.. pejam celik tak sedar masa berlalu, rasanya baru sehari dua lepas dukung 'Alia, my first child. Baru la sedar banyak masa berlalu begitu saja. Tak tahu la masa ke yang cepat beredar atau saya yang terlena. Insaf firman ALLAH dalam surah AlAsr. 'Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman & beramal Soleh. Dan berpesanan dalam kebenaran, dan berpesanan dalam kesabaran'. 


Sunday, November 20, 2011

Eidil Adha

Tahniah untuk Ba kerana berjaya menamatkan pengajian ijazah dalam bidang perundangan. Dalam usia lanjut masih lagi bertungkus-lumus untuk belajar. Actually dia dah pun ada ijazah Sains Politik masa zaman muda dulu. Sekarang pun sedang belajar pendawaian organised by MARA. Prinsipnya simple saja, mati dalam mencari ilmu dikira mati syahid. Malu rasanya sebagai anak dah malas nak keluar masuk kuliah lagi, sedangkan Ba tak pernah rasa letih belajar. Bukan saja mental, fizikalnya pun masih maintain lagi, tubuh masih tegap, masa balik KB Raya Haji baru ni tiap lepas Subuh dia jogging sampai ke Tunjung lebih kurang 7km dari rumah. Kira OK la tu dengan usianya 68 tahun. Aktiviti masuk hutan dah kurang, mungkin kerana sibuk belajar. Lama dah tak merasa pelanduk atau rusa yang dia buru. Nampaknya shotgun tu dok bertapa dalam almari je la.

Sebut fasal raya Haji, semalam terima SMS dari AyahDi. Selalunya setiap minggu saya terima SMS dari AyahDi, tapi sekarang jarang-jarang sangat. Mungkin kerana kesibukan atau mungkin juga kerana saya jarang reply SMS, jadi dia pun hilang selera nak berSMS.Tapi bila baca SMS yang dihantar semalam tersentuh pula hati.

 "Salam, Dear Brothers and Sisters. Alhamdulillah, I have arrived at KL yesterday from New York via London. But the most significant event that I cherish most, is the family gathering during Aidil Adha. Every family play their respective roles, and we organise on our own and for our own purposes. Should I leave earlier, this memory will tag with me. Please encourage our children to do so. Salam".( original text ).

Sengaja saya tak translate text asal supaya semua keluarga dapat menggenggam maksud sebenar. Begitu tinggi harapannya agar generasi seterusnya bersatu. Institusi keluarga yang semakin rapuh, nilai-nilai kekeluargaan yang semakin dilupakan hari ini adalah penyakit kronik sukar diubati. Sama-sama kita doakan. InsyaALLAH.

UPSR 2011

Syukran Ya ALLAH..


Dalam kesukaran pun.. banyak kegembiraan yang kita tak jangka selalu terjadi dalam hidup ini. Tahun ni giliran Asma. Bayangkan hati mana tak marah bila tengok anak balik dari exam UPSR main game, sedangkan esok masih ada lagi paper lain nak exam. Saja malas nak tegur kerana rasanya dia sengaja buat begitu untuk protes sesuatu. Dalam hati berdoa saja agar ALLAH permudahkan urusannya. Apa saja keputusan nanti terimalah seadanya. Langsung tak harapkan keputusan yang cemerlang. Macam kakaknya juga tak pernah ambil mana-mana tuisyen, cuma mengikuti program pihak sekolah saja. Pernah sekali dia minta nak tuisyen, tapi saya kata Kak Ya dulu pun tak tuisyen dapat 5A gak. Satu jawapan yang negatif, tak sepatutnya seorang ayah menyekat sesuatu yang bermanfaat seperti itu. Selepas tu tunggu kalau-kalau dia bersuara  lagi, saya akan masukkan dia di mana-mana kelas tuisyen, tapi ternokhtah begitu saja. Terus-terang, memang  menyesal menghalang dia tuisyen hari tu. AlHamdliLLAH... dapat juga 5A. Walaupun airmukanya tak nampak ceria seperti orang lain dengan keputusan tu, tapi firasat berbisik dalam hatinya penuh dengan kesyukuran.

Seperti tahun lepas juga, tersentuh lagi melihat anak-anak yang menangis kerana tak mencapai keputusan yang diharapkan. Kalau boleh rasanya ingin bertukar tempat dengan mereka. Biar saya yang menanggung kesedihan dan mereka melihat saya menangis. Tapi ALLAH mengatur kehidupan setiap makhluk dengan Qada' masing-masing. Inilah hikmahnya salah satu rukun Iman percaya pada Qadha' & Qadar supaya kita dapat menerima ketetapan ALLAH. Tapi ramai orang yang silap memahami makna Qadha' & Qadar, apa yang terjadi mereka akan meletak pada taqdir tanpa berusaha. Rasanya tak perlu diterangkan apa Qadha' Mubram & Muallaq di sini. Fahamkan Firman ALLAH : ''Sesungguh ALLAH tidak mengubah nasib satu kaum sehingga mereka sendiri yang mengubahnya", dan RasuluLLAH bersabda "Tiada yang dapat menahan Qadha' melainkan dengan doa". Doa satu senjata yang power tapi ramai orang tak utilize senjata ni. Setiap orang akan diuji samada dengan kekecewaan, kesakitan, kelaparan, ketakutan, kesukaran dan macam-macam lagi. Hari ini mereka menangis, InsyaALLAH esok mereka akan ketawa pula. Betullah kata pepatah 'hidup ini umpama roda', ada masa kita di bawah.. ada masa kita di atas.

 Untuk anak-anak.. di sini ayah menyusun sepuluh jari andai tersilap dan alpa dalam menunaikan dan memberi apa yang sepatutnya menjadi hak kalian. Tahniah Asma! Semoga kejayaan ini membawa kebaikan di dunia dan akhirat.









Sunday, May 8, 2011

Prinsip...

      بسم الله الرحمن الرحيم

            اللهم صلى على محمد وعلى آله ؤصحبه ؤسلّم 

Rasanya agak lama membiarkan blog ini bersawang, jika rumah dibiarkan lama kosong tanpa pengisian akan hilang serinya. Malam ini sekali lagi jari-jemari menari-nari di atas keyboard hitam lappy ini walaupun rasa malas begitu kemas mencengkam keinginan.

Sedikit kisah yang dilalui sehari dua ni mungkin boleh dijadikan bahan sebagai memenuhi entry ni. Minggu lepas warung Na dimasuki pencuri, tapi tak banyak barang yang diambil. Masa Na pergi ke warungnya pada pagi Sabtu lepas  pintu besi belakang terkopek. Tak banyak barang yang dicuri. Lepas polis datang ambil statement, Na call Kamarul ( hammersmith ) supaya datang baiki pintu. Kamarul ni jiran kami. Salah satu ujian dan cabaran dalam mencari rezki.
Students kolej sebelah dok lepak di warung  Na.
Pelanggan. Snap masa baca paper.



Sambung.. ( hampir satu jam terhenti borak dengan Talib, dia call dari Johor ) Talib baru call beberapa minit lepas. Dia nak hantar tiket flight supaya saya ke KL untuk jumpa dia. Sori Lib I'm quite busy loni. Walaupun aku bukey businessman supo mu, tapi there are lot of commitment to be settled here.

Sudah beberapa kali dalam minggu ni cuba collect sewa rumah, tapi tak semua dapat. Sebenarnya ambil sewa rumah satu proses yang cukup cerewet, sepuluh buah rumah sewa bermakna sepuluh karenah yang terpaksa dilayan. Kalau diikutkan hati memang malas untuk lakukan tugas ni, kerana ia melibatkan prinsip. Bila penyewa merayu supaya minta tangguh dari sebulan ke sebulan, saya ok saja. Ada yang tertunggak sehingga 3-4 bulan. Ba akan tanya fasal ni dan minta saya bertegas. Di sini terjadi pertembungan antara arahan Ba yang perlu dipatuhi dan prinsip hidup yang tak suka memberi tekanan kepada orang lain termasuk penyewa. Sukar...

Berbicara fasal prinsip, prinsip juga membuat saya rasa bersalah kerana menipu ramai orang. Keluarga banyak memberi cadangan supaya memohon kerja di Pantai Barat. Kerana bidang logistics yang dilalui sekarang mempunyai prospek dan potensi yang luas di sana. Kerana di sana merupakan business centre, banyak port dan memerlukan tenaga kerja yang berpengalaman. Salah satu prinsip saya ialah tak nak hidup di Metropolitan, lebih tenang rasanya jika tidak terkejar-kejar di pagi hari. Dengan kata lain lebih selesa di tempat sekarang. Rasanya Ba suruh memohon kerja di sana supaya kami dekat dengan keluarga. Na pun minta begitu untuk mengubah kehidupan, penghijrahan perlu dilakukan agar kami tidak berada dalam comfort zone atau statik. Jadi untuk tidak mengecewakan semua orang saya katakan pada mereka saya sudah pun menghantar resume ke banyak organisasi di sana, walhal satu pun permohonan tidak hantar, hanya menghantar permohonan di sebelah Pantai Timur saja. Bila mereka tanya kenapa satu pun syarikat di sana tidak panggil interview, saya katakan mungkin diorang tak nak ambil orang tua macam saya.
Mi & Ba di sandingkan semula  selepas April 1967. Actually ni masa Teh kawin lepas semua tetamu balik sesi bergambar untuk keluarga pulak. Luv U Mi & Ba.
Akhir-akhir ni Na semakin kuat mendesak, walaupun dengan bicara yang lembut, tapi getar suaranya penuh dengan pengharapan agar kami berhijrah. Bila direnung kembali, tujuan asal menetap di kampung ni kerana ingin bersama arwah Che'. Tapi dia telah pun berpindah ke alam Barzakh. Matlamat asal telah pun dilepasi. Dalam masa sama kerinduan pada Mi dan Ba semakin kuat, rasanya biarlah sisa-sisa hidup yang ada diantara kami berdekatan. Na kata dia boleh lepaskan warungnya di sini, mungkin dia boleh buka meja atau gerai nasi lemak di depan rumah kalau kami berpindah ke sana. Faktor-faktor di atas sedikit sebanyak menggoyah pancang prinsip saya. Rasanya sudah sampai masa untuk mengorbankan beberapa prinsip yang bukan menjadi satu kesalahan kalau membuangnya. Tapi buat masa sekarang biarlah macam ni saja.. 


Warung Na.






Saturday, February 12, 2011

Rosak

Pagi tadi gi melawat anak kat MRSM, baru lima hari dia di asrama. Risau gak kalau dia homesick sebab tak biasa dok jauh dari keluarga. Tapi anak-anak lo ni tak macam dulu. Program padat yg disediakan pihak sekolah dan kawan-kawan baru buat dia tak terfikir fasal rumah.

Masa makan kat pondok rehat td, kekawan dia pun join skali, snap la 2-3 gambar utk masuk entry ni. Lepas Isya' td connect tepon kat laptop sbb nk upload gambar utk entry ni, tiba2 je kluar msg 'memory card corrupt, need to format'. Try take-out memory card dr tepon, masukkan direct ke card slot di laptop, msg sama gak kluar. 


Nak tak nak, terpaksa la format micro card tu. Hangus... semua photo dan fail-fail yg ada padam habis, termasuk la gambar 1st day ( pendaftaran ) kat MRSM . AlQuran 30 juzu' kat dalam tu padam. Semua yang ada dalam card tu takde back-up. Moral dari peristiwa ni, wat la back-up fail dari masa ke semasa.
Telefon ni la yang rosak memory card, camcoder tu anak-anak wat shoot 'Ayuni

Thursday, February 3, 2011

Sekuntum Anggerik



Sekuntum anggerik di pinggiran
Semasa melihat di sekelilingnya
Tiada lagi kabus kesucian
Yang ada hanyalah jerebu
Karbon monoksida menyelubungi kelam

Satu hari belantara riuh
Dengan pekikan fauna
Membayangkan hujan asid
Mungkin akan bercurahan

Semasa anggerik mendongak
Payung ozon telah pun bocor
Bimbang ia jika panahan
Ultra violet membarahi kelopaknya
Flora pun gerun untuk mekar

Semasa anggerik berpaling kehilir
Ia melihat jernih air di kali
Menjadi keruh berkelodak
Bilamana sungai menjadi ejen
Pada penyebaran sisa toksik
Hasil dari industri
Kemajuan teknologi

Merenung pada nasib
Rimba yang mereka huni
Anggerik pun merunduk.