Dilahirkan di Kota Bharu pada Jumaat 1 Sya'ban, 1: 15 am.
Sungguh bertuah kerana dalam kehidupan yang sementara ini dipertemukan sebagai anak kepada kedua-dua Mi & Ba. Walaupun tahu betapa peritnya Mi melahirkan jasad ini supaya tidak terus kegelapan dalam rahimnya, walaupun tahu betapa susahnya Ba mengharungi hidup untuk mencari sesuap nasi untuk diri ini, tapi masih lagi tak mampu untuk menebus itu semua. Dan sampai bila-bila pun anak ini tak akan mampu menebusnya. Ya ALLAH.. Kau ampunilah kedua-dua mereka, kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihaniku semasa kecil. Aku telah banyak membebankan mereka, Kau ringankanlah segalanya untuk mereka dan permudahkanlah urusan mereka di dunia dan akhirat.

Untuk isteri, abang bukanlah seorang lelaki sempurna yang hebat. Abang bukanlah Uda yang berani melarikan si Dara , bukanlah Romeo yang sanggup meminum racun demi Juliet, abang tidak seberani Arjuna memanah sang Bota menyelamatkan Sitta Dewi, tidak sekaya Shah Jehan membina Taj Mahal sebagai lambang cinta untuk Mumtaz, dan abang malu menjadi seperti Majnun berkelana di padang pasir melagukan cinta Laila. Abang adalah abang, seorang kerdil di depan kebesaran Tuhan, seorang yang lemah dalam kekuasaanNya, seorang yang hilang dan fana dalam kewujudan Zat ALLAH. Seorang suami yang hanya berusaha menunaikan amanah ini sebaik mungkin. Terima kasih kerana memilih lelaki yang serba kekurangan ini sebagai teman dalam menyusuri jalan kehidupan sementara ini. Semoga ALLAH membuka jalanNya untuk kita.
Anak-anak.. semuanya adalah amanah yang perlu ayah tunai. Bukan sekadar memakai tubuh yang telanjang, bukan semata-mata mengenyangkan perut yang kelaparan, bukan juga sekadar menghantar kesekolah untuk mencari kejayaan akademik. Apa yang lebih penting menceritakan betapa dunia ini yang semakin tua tapi semakin mengasyikan manusia. Semakin tua tapi semakin indah di mata. Semakin tua tapi semakin banyak tipu dayanya. Betapa ramai manusia yang tergoda dengannya dan lupa jalan untuk pulang. Tiada apa yang ada untuk diberikan sebagai panduan bila ayah tiada lagi, cuma satu warisan berharga yang disimpan dari zaman berzaman, yang menjadi harta berharga, perisai yang tak dapat ditembusi, kunci kepada kebijaksanaan, khazanah kepada peradaban manusia, rahsia kepada kecintaan, janaan kepada kemajuan, penawar setiap penyakit, cahaya untuk kegelapan, panduan kearah keredhaan... AlQuran & Al Hadith. Peganglah ia sekemas-kemasnya.

![]() |
| Gambar terbaru posing ngan motor besar. |