Hari ni ambil cuti sebab temankan 'Alia ambil result UPSR. Tak mengharap sangat kerana dia seorang kaki TV. Kekadang rasa dah tak larat nak suruh dia kurangkan aktiviti per'TV'an nya. Nak kata rajin membaca, rasanya dia tak tergolong dalam kategori orang-orang yang rajin membaca, melainkan membaca novel. Tapi dia memang dah score dapat 5A.
Tidak pernah ambil mana-mana tuisyen luar, hanya aktiviti yang disediakan oleh pihak sekolah. Jadi tak lah mengharapkan sangat keputusan yang cemerlang. Pergi kesekolah hari ni pun sekadar untuk memberi sokongan kepadanya supaya bersabar dan berusaha lagi jika keputusan kurang cemerlang. Tapi manusia hanya mampu meramal tapi ALLAH menentukan segalanya. Tahniah 'Alia kerana berjaya mendapat 5A.
Rasanya ayah tak banyak menyumbang untuk kejayaan ini. Jadi tak bolehlah ayah nak berbangga sangat, your own struggle. Jauh sekali untuk menjadi cikgu di rumah. Selalu balik kerja lewat dan bekerja pada hari cuti menjadikan masa untuk keluarga terlalu sedikit. Cuma menegur supaya kurangkan menonton TV, siang-malam asyik depan TV je sedangkan nak exam, ayah mana yang tak marah.
Setelah selesai kesemua pelajar yang mendapat 5A dipanggil, ada yang menangis kerana tak tersenarai mendapat 5A. Part ni memang hati tersentuh bila melihat airmata anak-anak yang sedih, lebih-lebih lagi ibubapa yang tidak dapat datang untuk memujuk semasa mereka memerlukan sokongan menghadapi saat begini. Untuk anak-anak yang tak memperolehi 5A, bukanlah berakhir segalanya. Biarlah hari ini berlalu sebagai hari ini, esok kita mulakan langkah baru untuk mengejar dan menebus kembali apa yang ditinggalkan hari ini. Banyak lagi peluang yang menunggu di depan. Mungkin satu hari nanti anak-anak ini akan membentuk sejarah kecemerlangan tersendiri.
Untuk yang mendapat 5A, especially 'Alia.. Tahniah.! Janganlah keputusan peperiksaan hari ini membuat kita lupa di mana kita bermula. Perjalanan masih panjang, dan masih banyak yang perlu ditempuhi. Bagi ayah kejayaan akademik bukanlah segalanya, tapi roh dan kualiti ilmu yang kita dapat untuk membentuk keperibadian lebih bernilai dari sekeping kertas yang tertera 5A. Dan kejayaan sebenar ialah bila seseorang itu berjaya memijak lantai syurga di sana kelak.
" Sesiapa hendakkan dunia, maka hendaklah ia memiliki ilmu, dan sesiapa yang hendakkan akhirat, maka hendaklah ia memiliki ilmu, dan sesiapa hendakkan kedua-duanya hendaklah ia berilmu. " - Hadith.
" Sesiapa hendakkan dunia, maka hendaklah ia memiliki ilmu, dan sesiapa yang hendakkan akhirat, maka hendaklah ia memiliki ilmu, dan sesiapa hendakkan kedua-duanya hendaklah ia berilmu. " - Hadith.
No comments:
Post a Comment